Lelaki Hidap Kanser Sara Kehidupan Dengan Tulisan Khat 4

Berjuang Lawan Kanser Tahap 4, Lelaki Ini Tabah Jalan Bisnes Tag Nama Khat Dari Katil Hospital

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki, Budin yang menghidap kanser limfoma tahap empat kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Yang membuatkan ramai orang kagum dengan kisah lelaki ini ialah walaupun sedang berjuang melawan kesakitan dan berada dalam keadaan koma beberapa minggu lalu, beliau tetap gigih dan tidak berputus asa berusaha menjana pendapatannya sendiri.

Lelaki Hidap Kanser Sara Kehidupan Dengan Tulisan Khat 2

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai seorang guru. Namun disebabkan keadaan yang terpaksa bergantung kepada mesin oksigen 24 jam, beliau terpaksa berhenti demi menjalani rawatan.

Demi menampung kehidupannya serta kos membeli tong oksigen, Budin telah mengambil tempahan menghasilkan tag nama dari atas kati hospital kerana tidak mahu mengharapkan orang lain untuk membantu keluarganya.

Kisah kecekalan bapa kepada dua orang anak lelaki yang dikongsikan oleh rakan Budin, Mira menerusi laman Facebook telah mendapat perhatian ramai. Tambahan pula, hasil khat Budin memang cantik dan berseni!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10215932849018766&set=p.10215932849018766&type=3

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10215899997197491&set=p.10215899997197491&type=3

Kata Mira, Budin juga sebenarnya merupakan salah seorang daripada mangsa yang dilanggar oleh pemandu bas Rapid KL di Jalan Ampang pada 16 Ogos tahun lalu. Disebabkan kemalangan tersebut, mereka sudah tidak mempunyai kenderaan keluarga.

Malah sehingga ke hari ini, pihak keluarga Budin masih lagi tidak mendapat sebarang respon atau pampasan daripada Rapid KL walaupun kerosakan kereta adalah secara total.

Lelaki Hidap Kanser Sara Kehidupan Dengan Tulisan Khat 3

Jika anda berminat untuk lakukan tempahan tag nama dengan harga RM15 bagi membantu Budin meringankan bebannya, anda bolehlah menghubungi Budin melalui talian di bawah. Namun, harapnya anda dapat memahami keadaan Budin sekiranya beliau mengambil masa yang lama bagi menyiapkan pesanan.

WhatsApp: 011-18698085 (https://wapp.my/01118698085/Hi.+Nak+tempah+name+tag+khat)

Facebook: Teratak Biduanda, PageKhas Mini, Budin VS Baguk

Instagram: @t_biduanda

Babak mana yang paling anda ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI