My Chemical ROmance Kembali Bersatu 2

My Chemical Romance Kembali Bersatu Untuk Konsert ‘Return’ Disember Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Berita yang diumumkan melalui media sosial Twitter rasmi @MCRofficial semalam merupakan berita gembira buat peminat kumpulan yang membawa genre rock ini.

Mengesahkan akan kembali bersatu dan mengadakan persembahan sulung reunion sejak mengumumkan bakal membawa haluan masing-masing pada tahun 2013 lalu, kumpulan My Chemical Romance turut memberitahu lokasi pilihan mereka iaitu di Shrine Expo Hall, Los Angeles 20 Disember ini.

My Chemical ROmance Kembali Bersatu 1

Mula mencipta nama dengan lagu ‘Welcome To The Black Parade’ pada tahun 2000, rata-rata peminat tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka.

Jika anda berminat mahu bersama MCR mengimbau kembali kenangan lagu-lagu kumpulan yang diterajui oleh vokalis utama , Gerard Way, pemain gitar bass, Mikey Way serta gitaris, Ray Toro dan Frank Lero ini bolehlah melakukan pembelian di laman web axs.com dengan tiket bermula harga USD149.50 (RM625).

Jangan lupa tarikh ini.

Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI