Basikal Lajak Haram

Memang Haram! Orang Ramai Diminta Beri Maklumat Kegiatan Basikal Lajak

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Basikal lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya, sememangnya haram berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Justeru, kerajaan tidak perlu mengambil langkah tambahan untuk mengharamkan penggunaan basikal seumpama itu di jalan raya. Ia susulan daripada laporan media mengenai cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mengharamkan secara menyeluruh aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja masa kini.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari pendekatan baharu bagi menangnai isu berkenaan.

“Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu.

“Oleh itu, basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid.

Basikal Lajak Haram
Sumber: Berita Harian

Selain itu, dalam terma JPJ sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan basikal lajak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut dengan merakam video atau gambar menggunakan telefon pintar.

Basikal lajak kembali menjadi tumpuan berikutan keputusan mahkamah membebaskan dan melepaskan seorang jurujual daripada pertuduhan menyebabkan kematian lapan kanak-kanak yang sedang berbasikal lajak pada 2017.

Sumber: MalaysiaGazette, FMT

 

Ada yang tak sabar nak tengok Star Wars baharu?

STAR WARS: THE RISE OF SKYWALKER

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.