
Menteri Agama Indonesia Cetus Kontroversi Gara-Gara Aju Cadangan Pengharaman Niqab
Cadangan Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia yang dilantik oleh Presiden Jokowi, Fachrul Razi agar mengharamkan pemakaian niqab di pejabat kerajaan telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang sama ada dalam kalangan pegawai, ahli politik mahu pun masyarakat yang sedang berjuang menentang radikalisme.
Walaupun ada yang menyokong cadangan tersebut, namun masih ramai yang membantah dan menuntut agar kerajaan Indonesia tidak mencampuri urusan berkaitan pakaian wanita Islam.
Cadangan yang dikemukan oleh Fachrul semalam adalah salah satu langkah keselamatan terutamanya selepas berlakunya serangan kepada bekas Menteri Penyelaras Politik, Undang-undang dan Hal Ehwal Keselamatan yang cedera ditikam semasa melakukan lawatan di Banten 10 Oktober lalu.
Kata Fachrul, pemakaian purdah tidak berkaitan dengan kualiti iman dan ibadah seseorang dan tidak ada ayat yang menganjurkan pemakaian purdah serta tidak ada juga yang melarang.
Mac tahun lalu, Universiti Islam Indonesia telah mengharamkan pelajarnya berpurdah kerana bimbang dengan ideologi radikal menular telah menerima kecaman kumpulan Islam dan hak aktivis wanita.
Di Denmark pula, purdah diharamkan di bawah Rang Undang-Undang baharu kerana dikatakan tidak selari dengan nilai masyarakat Denmark; tidak menghormati orang lain ketika bersua muka.
Manakala di Austria, mereka yang didapati memakai purdah di kawasan awam akan dikenakan denda sebanyak USD168 (RM701.65).
Sumber: Berita Harian, CNN Indonesia, Coconut
Lihat bulatan merah.
Harold Scary Stories To Tell In The Dark ‘Bernyawa’ Dirakam CCTV
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



