Dr Mahathir Akui Taikun Krisis Kewangan

Dr Mahathir Akui Untungkan Taikun Ketika Krisis Kewangan Tahun 97-98

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengakui atas tindakan beliau yang telah menolong taikun (ahli perniagaan korporat) ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997-1998 lalu dalam cacatan terbaharu di blog peribadinya, chedet.cc.

Beliau turut memohon maaf membenarkan perkara itu berlaku dan beliau berbuat demikian dengan harapan untuk menyelesaikan krisis ekonomi yang dihadapi oleh taikun di Malaysia.

Ujarnya, jika tidak menolong taikun-taikun ini ia akan memberi kesan kepada pengaliran wang asing ke dalam negara.

“Saya mengaku saya terlibat dengan ciptaan pendekatan untuk mengatasi masalah kewangan pada 1997- 1998.

“Ya, memang pun cara kita selesaikan krisis menolong taikun di Malaysia.

“Memanglah baik jika kita tidak menolong taikun dan biarkan mereka dan perniagaan mereka rugi, gagal dan terpaksa ditutup.

“Dengan ini semua kakitangan mereka (yang kaya dan tidak kaya) akan menganggur. Eksport kita akan menurun dan tidak akan ada pengaliran wang asing ke dalam negara kita,” beliau turut berkongsi catatan itu di akaun rasmi Twitter.

Menurut Malaysia Dateline, catatan Dr Mahathir dipercayai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Subang Wong Chen yang mempersoalkan bekas Perdana Menteri ke-4 itu sepatunya melakukan tindakan yang lebih baik berbanding apa yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sewaktu krisis kewangan 1997-1998.

Dr Mahathir menjelaskan, sebahagian besar dari dana kerajaan akan hilang, operasi dan pembangunan negara tidak dapat diteruskan serta segala infrastruktur tidak dapat dibangunkan jika kerajaan hilang cukai korporat dan cukai pendapatan kerana sebahagian besar cukai dibayar oleh taikun.

Dr Mahathir Akui Taikun Krisis Kewangan
Sumber: Iluminasi

“Dalam keadaan kehilangan cukai ke atas taikun kita terpaksa mengenakan cukai kepada yang bukan ditakrif sebagai taikun. Setelah membayar cukai oleh bukan taikun, mereka akan masuk dalam golongan mereka yang miskin,” ujar Dr Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata tindakan yang dilakukan beliau adalah lebih baik berbanding beberapa negara yang akan bertindak merampas perniagaan taikun.

Katanya, 70 tahun dahulu taikun dibunuh dan harta mereka dirampas di beberapa buah negara. Semua perniagaan dan perusahaan diambil oleh pemerintah dengan harapan 100% dari keuntungan akan diperolehi oleh Kerajaan.

“Jika kita hendak kita boleh halau keluar semua taikun ini. Jangan tolong mereka. Biar mereka bankrap. Kita akan tolong yang bukan taikun sahaja.

“Tetapi dengan apakah yang kita hendak tolong bukan taikun ini selepas semua taikun tidak dapat bayar cukai. Itu soalannya?

“Saya minta maaf kerana tindakan saya mengatasi krisis kewangan 1997-1998 menguntung taikun,” ujarnya.

Sumber: Chedet