
Benci Pada Bunyi Mengunyah Mungkin Tanda Anda Seorang Genius – Kajian
Misophonia merupakan gelaran saintifik kepada gangguan yang boleh menyebabkan seseorang itu memberikan reaksi terhadap satu bunyi spesifik yang berterusan dan respon automatik seperti bunyi orang mengunyah, bersiul, langkah kaki, detik jam dan sebagainya.
Misophonia boleh menyebabkan individu merasa terganggu sama ada secara emosi atau psikologi seperti kegusaran, tidak selesa, panik atau pun tekanan emosi dengan bunyi yang beliau dengar dan tidak ada penjelasan lanjut mengapa situasi ini boleh berlaku.
Tapi tahukah anda, keadaan Misophonia ini boleh menjadi penanda aras bahawa penghidapnya adalah seorang yang genius?
Saintis dari Northwestern University mendapati bahawa individu yang sensitif terhadap sesetengah bunyian ini cenderung menjadi lebih kreatif. Dalam erti kata lain, semakin ada meluat dengan bunyi mengunyah contohnya, anda berkemungkina besar menjadi seorang yang genius.
Bagaimana Misophonia dikaitkan dengan kreativiti?
Dalam kajian kepada 100 orang peserta, pengkaji melihat bagaimana mereka semua memberikan respon kepada bunyi-bunyi tertentu dan menyuruh kesemuanya menyelesaikan Soal Selidik Penilaian Kreativiti sebelum pergi kepada konklusi.
Hasilnya, mereka mendapati peserta yang sensitif kepada sesetengah bunyian tersebut memberikan jawapan yang paling kreatif; semakin mengganggu bunyian tersebut, semakin tinggi markah pada ujian ukuran kreativiti.
“Kecenderungan menyaring maklumat deria tidak relevan berlaku awal dan secara tidak sengaja dalam pemprosesan otak dan boleh membantu individu lain mengintegrasikan kreativiti idea-idea yang berada di luar tumpuan perhatian kepada dunia nyata.” – Darya Zabelina
Untuk pengetahuan anda, Misophonia banyak berlaku kepada wanita daripada lelaki dan selalunya bermula sebelum akil baligh dan simptom pertama akan wujud ketika berumur antara sembilan hingga 12 tahun.
Sumber: Life Hack
Pernah terfikir tak macam mana permainan video dihasilkan?
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



