Gaji Minimum Lembah Klang

Gaji Minimum RM1,200 Di Lembah Klang Jauh Dari Cukup – Pakar Ekonomi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika sebelum ini Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) heboh dengan insiden tong sampah dipenuhi ulat yang dirakam oleh Ketua Perhubungan AirAsia, kemudian tular lagi sebuah rakaman video seekor tikus menguis lantai permaidani di ruang rehat, kini kecoh pula dengan penemuan sarang lebah di tingkap salah sebuah bangunan di lapangan terbang itu.

lebah di KLIA2
Sumber: Lipstiq

Tony Fernandes yang berang melihat pengurusan KLIA2, memuat naik foto sarang lebah tersebut di akaun Twitternya dengan mengatakannya secara berseloroh cadangan menjadikan KLIA seperti ‘zoo’.

“Mungkin (boleh bina) zoo atau (jual) madu KLIA2. Boleh jana pendapatan baru bagi mengurangkan cukai lapangan terbang.”

https://twitter.com/tonyfernandes/status/1082480971750944768

Namun dalam nada serius, Tony turut mengingatkan keadaan ini boleh mendatangkan bahaya penumpang dan petugas di KLIA2.

Melihat pada itu, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) dalam satu respon melalui Twitter rasminya berkata, insiden berkenaan terjadi hanya di antara jam 10 dan 11 pagi. Namun, pihak MAHB akan mengambil tindakan sekiranya insiden berkenaan berulang.

Katanya, mereka menyedari tentang perkara itu dan ia menjadi kebiasaan ruang tertentu di lapangan terbang dihurung sekumpuan lebah dan akan beredar sekiranya hujan atau ribut.

Apapun, pihak pengurusan MAHB perlu melakukan pemeriksaan secara serius agar insiden seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Sumber: Astro Awani

Nak tahu makanan jalanan apa yang terkenal di dunia? Tonton

5 antara makanan jalanan yang terkenal di dunia

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.