
Taja Persatuan Bola Sepak Israel, Jenama Puma Diboikot 20 Buah Negara
Pengeluar barangan sukan global, Puma baru-baru ini telah melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa apabila mengumumkan bahawa jenama tersebut akan menjadi penaja utama kepada Persatuan Bola Sepak Israel (IFA) serta enam buah kelab bola sepak di sana.
Umum sedia maklum, Israel telah membentuk ‘negara’ mereka dengan kaedah merampas dan melakukan keganasan pada tanah Palestin sehingga menyebabkan beribu-ribu kematian dalam penduduk Palestin sejak berpuluh tahun lalu.
Berikutan dengan itu, hampir 20 buah negara termasuklah Amerika Syarikat dan Britain telah mlancarkan kempen memprotes perkara tersebut. Ini turut dilakukan oleh kumpulan aktivis di hadapan pejabat, kedai serta majlis yang ditaja oleh Puma.
Walaupun memasarkan jenama mereka sebagai sebuah perniagaan yang menjaga kesamarataan, perbuatan menaja IFA adalah bertentangan dengan itu. Dengan slogan #BoycottPuma, lebih daripada 200 kelab sukan di Palestin telah mendesak Puma agar menghentikan tajaan mereka.
Di laman media sosial Twitter, tanda pagar #BoycottPuma telah menular sehinggakan gerabak kereta api di London turut memuat naik poster memboikot jenama tersebut namun telah menurunkannya kembali atas sebab-sebab tertentu.
#BoycottPuma subvertising on the London Tube!@PUMA sponsors the Israel Football Association, which includes teams in illegal Israeli settlements on stolen Palestinian land.
Global Day of Action, Oct 26. 50+ actions in 20 countries. https://t.co/kVtn4OkN7I
via @SpecialPatrols pic.twitter.com/MY4GVhpjMG
— PACBI (@PACBI) October 23, 2019
In Luton town-centre earlier today.#BoycottPuma#FreePalestine pic.twitter.com/T2zwNNsXF3
— Luton PSC (@Luton_PSC) October 26, 2019
https://twitter.com/InPalToday/status/1186532048590331904
Sumber: Middle East Monitor, BDS Movement, Morning Star
Aksi John Wick yang paling lejen.
Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku
dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.
Trending now



