Dana Filem ANimasi Belanjawan 2020

2019 Saksikan Kebangkitan Industri Animasi Negara Setaraf Antarabangsa

Tahun 2019 boleh dikatakan sebagai tahun yang menyaksikan kebangkitan industri animasi negara sehingga maju dan dikenali oleh negara luar dan membuktikan bahawa kualiti animasi tempatan kita hampir setara dengan filem animasi antarabangsa.

1. Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal (21 Mac 2019) – Les Copaque

Sehingga kini, filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal terus menempa nama di persada dunia.

Mencatat kutipan RM25 juta selepas tiga minggu tayangan, filem animasi yang menceritakan mengenai penggembaraan sekumpulan sahabat ini turut diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 di Kanada, tersenarai dalam pencalonan filem animasi Anugerah Oscar 2020 dan mewakili negara untuk bersaing pada kemuncak Asian Academy Creative Awards 2019 bagi kategori Filem Cereka Terbaik.

Upin Ipin Oscar 2020 1

Turut ditayangkan di pawagam negara jiran seperti Singapura, Indonesia, China, India dan Vietnam, filem animasi ini turut menghasilkan buku konsep seni dan visual edisi sendiri sebagai rujukan kepada mereka yang berminat dalam animasi. Malah ada ura-ura yang bahawa Upin dan Ipin akan membina taman tema dengan konsep siri animasi tersebut.

2. BoBoiBoy Movie 2 (8 Ogos 2019) – Animosta Studios

Dinobatkan sebagai filem animasi tempatan terlaris, BoBoiBoy Movie 2 berjaya mengaut kutipan sebanyak RM27.7 juta selepas 26 hari tayangan selepas menerima respon positif daripada penonton.

Proses Penghasilan BoBoiBoi Movie 2 1

Dihasilkan hanya dalam tempoh masa 12 bulan, banyak yang perlu pihak produksi ambil kira supaya bersesuaian dengan cita rasa penonton BoBoiBoy pada tahun 2011 yang pastinya sudah menginjak usia.

3. Ejen Ali The Movie (28 November 2019) – WAU Animation, Primeworks Studios

Menjadi jenama animasi popular Asia, siri animasi filem Ejen Ali yang ditayangkan di TV3 berjaya meraih lebih dua juta tontonan. Bakal ditayangkan secara serentak di Malaysia, Singapura dan Brunei, pihak produski telah menyasarkan kutipan tiket sebanyak RM20 juta bagi filem ini.

Dengan durasi tayangan selama 97 minit, filem Ejen Ali telah mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan dengan sasaran tayangan kepada umum. Walaupun bakal bersaing dengan filem Frozen 2, filem ini dilihat mampu memberikan saingan sengit selepas melihat kepada kejayaan filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dan BoBoiBoy The Movie 2.

Mengisahkan mengenai kanak-kanak yang bernama Ali yang dipilih menjadi penyiasat sebuah agensi perisikan, syarikat penerbitan Ejen Ali mengumukan bahawa mereka telah bekerjasama dengan penaja seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pediasure dan Mydin.

Terkini (20 Disember 2019), filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM25 juta hasil tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei serta bakal melebarkan sayap ke Indonesia dalam masa terdekat.

BACA: Belanjawan 2020: Peruntukan Dana RM20 Juta Untuk Penggiat Industri Animasi Tempatan

Dijangka bakal menjadi permulaan kepada lebih banyak penghasilan filem-filem animasi, kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM20 juta bagi menggiatkan lagi industri animasi tempatan agar dapat berkembang maju seiring dengan animasi luar negara.

 

Evolusi Rambo dari 1982 hingga 2019.

Evolusi Rambo 1982-2019

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI