
‘Cardiac Arrest’ Pembunuh Senyap Individu Bersukan Yang Bukan Pesakit Jantung
Setiap pengantin mestilah mengimpikan perkahwinan yang sempurna seperti dirancang. Namun, nasib malang pula yang diterima daripada pasangan pengantin baharu dari Filipina ini.
Shine Tamayo dan suaminya Jhin Chen telah membayar 140,000 peso (~ RM11,000) kepada perancang perkahwinan mereka dan memberi kepercayaan sepenuhnya untuk menjadikan majlis perkahwinan mereka sempurna.
Walau bagaimanapun, apabila tiba di majlis resepsi mereka di Bandar Pasig, pasangan pengantin itu terkejut kerana tiada makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. Pasangan tersebut tiada pilihan terpaksa memesan beberapa menu makanan di restoran berdekatan untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Bukan makanan sahaja yang tiada, malahan minuman juga turut tidak disediakan. Tetapi, apa yang paling menyedihkan, apabila Shine memotong kek perkahwinannya, ia didapati kek tersebut hanya diisi dengan polisterin!


Siapa yang tidak bengang jadi macam tu kan?
Kecewa dengan insiden yang berlaku, dia bersama tetamu ke balai polis untuk membuat laporan. Tidak lama selepas insiden itu, perancang perkahwinan terbabit telah ditangkap kerana disyaki Estafa (kes penipuan).
Berikutan daripada penangkapan tersebut, Shine berkata, dia tidak mahu memaafkan perancang perkahwinan tersebut. Apa yang lebih patut, dia perlu masuk ke penjara atas kesalahan merosakkan perkahwinan.
Wakil jurucakap menyatakan kes penipuan itu masih dalam siasatan dan polis telah mengesahkan sejumlah besar wang telah dibayar untuk membayar ganti rugi terbabit.
https://www.youtube.com/watch?v=0xR-bPHf6AM
Sumber: Mirror
Nak tahu apa makanan termahal di dunia? Tonton paparan ini
5 Makanan Termahal Di Dunia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.
Trending now



