Misham Othman Hanya Kamu 1

Single ‘Hanya Kamu’ Berjaya Buktikan Kekuatan Vokal Misham Othman Dalam Genre Pop Rock

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dengan pelbagai platform dalam talian, industri muzik Malaysia diceriakan dengan lambakan penyanyi BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up) yang dilahirkan sama ada melalui platform media sosial, aplikasi digital seperti Musically atau pun pertandingan nyanyian seperti Mentor.

Lain dengan kisah Misham Otham. beliau memulakan kerjaya sebagai penyanyi apabila berkenalan dengan rakan-rakan artis yang dikenali di sebuah kedai gunting rambut di Cheras yang mana di sana beliau bekerja sebagai seorang jurugaya rambut.

Misham Othman Hanya Kamu

Menghasilkan single pertama yang diberikan tajuk ‘Hanya Kamu’, Misham Othman mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan muzik kepada pendengar. Dengan genre pop rock ranggi dan bertenaga, jelas menunjukkan potensi beliau untuk pergi lebih jauh.

https://www.instagram.com/p/B075tdEAPoR/

Bernaung di bawah syarikat rakaman Broadway Entertainment, video muzik Hanya Kamu diarahkan oleh Sabri Asmadi dan Catherine Tan ini merupakan hasil ciptaan dan susunan Megat dan Mijie (bekas anggota kumpulan Flop Poppy) di bawah terbitan Boon Tan.

Menampilkan penampilan Megat dan Mijie dalam video muziknya, tonton video penuh di pautan bawah.

 

Lagenda yang merentas generasi.

Lionsgate Mengumumkan 18 September sebagai Rambo Day

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI