Netflix RM17 Sebulan

Netflix Kini Tawar Pelan Termurah Di Malaysia Pada Harga RM17 Sebulan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Netflix, antara perkhidmatan penstriman video yang diperkenalkan di Malaysia kini menawarkan pelan termuah kepada pelanggannya.

Tahun lalu, Netflix ada menawarkan pakej langganan bulanan pada harga RM17 sebulan untuk pengguna tempatan tetapi hanya sekadar ujian dan diberikan kepada sebilangan pengguna terpilih sahaja.

Menurut Netflix, kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan perkhidmatan penstriman video ini pada peranti mudah alih dua kali ganda lebih lama berbanding puarata global.

Justeru, pelan yang pernah dibuat sekadar ujian itu ditawarkan kembali kepada pengguna Malaysia. Netflix menawarkan pelan yang lebih murah dari pelan yanng sedia ada, hanya RM17 sebulan untuk pelanggan menonton semua jenis filem, drama, dokumentari dan pelbagai lagi dalam kandungan mereka.

Netflix RM17 Sebulan
Sumber: SoyaCincau

Tetapi, harga yang rendah ini pastilah ada kekurangannya. Pelan ini hanya tertakluk untuk satu peranti mudah alih dengan kualiti SD (standard definition) sahaja. Pelan ini juga hanya membenarkan satu tontonan dalam satu masa, tetapi tiada halangan mendaftar masuk di pelbagai peranti.

Netflix RM17 Sebulan
Sumber: SoyaCincau

Pelan ini masih membenarkan pengguna memuat turun kandungan yang mahu ditonton terlebih dahulu. Kandungan ini boleh ditonton bila-bila masa tanpa sambungan internet, contohnya semasa dalam pesawat di atas langit.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari ke laman Netflix.

Sumber: Netflix, SoyaCincau