New York Haram E-Rokok

KKM Tegaskan Tiada Bukti Vape Selamat Digunakan Bagi Rawat Ketagihan Merokok

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Vape atau rokok elektronik semakin menjadi trend dalam masyarakat kini sehingga membuka banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia terutamanya dalam kalangan anak muda.

BACA: 6 Kematian Misteri Penyakit Paru-Paru Dilaporkan Akibat Tabiat Vape

Walaupun begitu, Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini menegaskan bahawa tiada bukti atau kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan tersebut adalah selamat bagi merawat ketagihan merokok.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye memberitahu keseimbangan ekonomi dan impak kesihatan adalah perlu dan pihak KKM tidak menerima sebarang maklumat bahawa rokok elektronik itu selamat digunakan dan tidak memberikan kesan jangka panjang kepada paru-paru.

Iklan vape Lucah 2

Pihak KKM telah menubuhkan satu jawatankuasa khas dalam usaha mengawal selia isu penggunaan vape pada Jun lalu dengan tujuan mengawal penggunaan alat tersebut serta pengenalan Akta Tembakau yang merangkumkan undang-undang penggunaan rokok elektrik, vape serta shisha sudah diteliti oleh penasihat undang-undang Kementerian Kesihatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada Jun lalu.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1702998289833380/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAb-BDXFKACZxiV-3QcxF5yTF6CR9M8mBw9YVq7NWVxS73ameWT7BHWW519azkoSH8-WIDWQLsokx7oeJznEkp2mMi8CoMxhDMED_GaKzqFTWN8c28CBrZmB8Z7WTm_MxSsdH4Gykqb4kkioFNUm5uPHnLmVuCQCufWnod_ADLMy8HIlLzpToQEPIZtNQ_ZntF6S_JSlMpUgcmZV1Elfb7petxf-rTtvG2FcCkzFbqEK5YmJp012YdGm9yYhEgIOUCgZh1ps2azKjsPRUYwIobbRtTTX9JJfiAq91ZUgcANLyDYz9dzIO1EUOBzLCjfjFSNBRWNKRYoHYEhfTKDdT-3Qa_G&__tn__=-R

Selain itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga bekerjasama dengan KKM di bawah Jawatankuasa Kerja Pakar bagi memperkukuhkan kawalan iklan rokok elektronik di media sosial di bawah Akta Racun 1952.

Sumber: Astro Awani

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WS6CRgGm-/