IMSO

‘IMSO’ Karya Segar Hip Hop Bawa Mesej Positif

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Rocketfuel Entertainment telah menerbitkan sebuah lagu bergenre hip hop berjudul IMSO yang disampaikan oleh Lil J, Alan D dan MK dari K-Clique.

Gabungan tiga bintang hop hop muda ini merupakan pertama kali bagi mereka bekerjasama dalam menghasilkan single buat peminat. Single tersebut digubah oleh Ming dan DII, liriknya pula menampilkan bahasa Melayu dan Inggeris hasil nukilan Lil J, Allan D dan MK sendiri.

IMSO mengisahkan seorang lelaki yang bekerja keras untuk mencuri hati pasangannya walaupun pasa­ngannya itu pernah curang. Lagu ini juga membawa mesej positif mendorong pendengar untuk sentiasa bekerja keras dan tidak putus asa dalam mengejar impian serta cita-cita.

IMSO
Sumber: Youtube

Tambah menarik, karya ini menampilkan keharmonian berbilang kaum yang semestinya sinonim dengan budaya serta imej Malaysia yang berlatarbelakangkan masyarakat majmuk.

Tidak memerlukan drama yang banyak, video muzik IMSO memaparkan keindahan sekitar pulau dan gunung-ganang di Sabah di samping berjaya menyampaikan mesejnya dengan jelas kepada penonton.

Sudah dilancarkan pada 11 Oktober lalu, video muzik IMSO sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan di Youtube.

Sumber: Gempak