Kedai Makan Kelantan 12 Malam

Kekang Gejala Sosial, Kelantan Akan Had Operasi Kedai Makan Hingga Jam 12 Malam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kelantan cukup terkenal dengan pelbagai pilihan makanan di sana. Bak kata orang, jika ke Kelantan memang tidak sempat rasa lapar kerana ada sahaja makanan menarik untuk dicuba.

Bagaimanapun, mungkin agak sukar bagi anda yang lapar sewaktu tengah malam kerana kerajaan Kelantan akan menghadkan operasi kesemua kedai makan, warung atau restoran sehingga jam 12 malam bermula tahun 2020.

Menurut menteri besarnya, Ahmad Yakob berkata peraturan ini diadakan bagi mengekang gejala sosial di sana yang mana satu kajian dibuat bagi mengenal pasti punca golongan belia sering keluar rumah pada waktu malam termasuklah kerana operasi restoran melebihi jam 12 malam.

Peraturan ini dibuat dengan mengambil contoh negara maju, menurutnya yang mana mereka mengambil langkah untuk menutup lebih awal kegiatan perniagaan pada waktu malam kecuali premis tertentu sahaja.

Kedai Makan Kelantan 12 Malam
Sumber: Mynewshub

Namun, rata-ratanya membantah perkara ini terutama bagi mereka yang terlibat dalam premis makanan.

“Menghadkan operasi kedai makan sehingga jam 12 tengah malam bukan sahaja boleh menjejaskan pendapatan peniaga malah menyukarkan pelanggan yang betul-betul lapar untuk mendapatkan makanan pada waktu malam”

Selain itu, ia turut dikatakan tidak relevan kerana ada faktor yang lebih besar menyumbang gejala sosial.

Sumber: Sinar Harian