
Pendidikan Percuma Peringkat Universiti Dalam Penilaian Peringkat Akhir – KPM
Dalam manifesto Pilihan Raya Umum tahun lalu, kerajaan Pakatan Harapan telah meletakkan janji bahawa mereka akan memberikan pendidikan yang percuma dan adil termasuklah pendidikan tinggi yang berada di bawah senarai Persekutuan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberitahu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang dalam peringkat akhir meneliti mekanisme terbaik bagi menyediakan pendidikan percuma untuk pelajar universiti sekaligus membolehkan manifesto pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dicapai.
Di peringkat persekolahan iaitu sekolah rendah dan menengah di Malaysia, kerajaan tidak mengenakan bayaran yuran kepada murid sekolah dan ianya dikira sebagai percuma. Manakala di peringkat universiti pula, hanya yuran minimum yang perlu dibayar oleh mahasiswa/i.
Sumber: Berita Harian
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Wd22Ln_1q/
Trending now



