Kursus Komunikasi Media Tak Jamin Masa Depan 1

Kursus Komunikasi Media Tidak Lagi Menjamin Masa Depan Pelajar – Penasihat Media PH

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kursus Komunikasi Media merupakan salah satu kursus popular di institusi pengajian tinggi untuk mereka yang mahu menjerumuskan diri dalam kerja industri media.

BACA: Kumpulan Utusan Melayu Bakal Tamatkan Operasi Hari Ini?

Namun, baru-baru ini Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin memberitahu beliau tidak dapat memberi jaminan kepada penuntut yang mengambil kursus Komunikasi dan Pengajian Media untuk mendapat tawaran bekerja dalam industri media cetak.

Utusan Kosmo Media Prima
Sumber: Rojak Daily

Beliau turut menasihati pelajar untuk menyambung kursus lain yang lebih menjamin masa depan mereka bagi mendapatkan peluang pekerjaan di samping meneruskan pengajian sehingga tamat.

A. Kadir yang juga merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times (NSTP) memberitahu peralihan zaman menyebabkan orang ramai tidak lagi berminat membaca akhbar.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika diundang menjadi salah seorang panel ‘Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit’ turut menyentuh mengenai keperluan meneruskan media cetak kepada antara bentuk media yang amat diperlukan dalam masyarakat ialah buku.

Sumber: Malaysia Gazette

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S39HzAFnv/