
Kanak-Kanak Lelaki Ini Menangis Saat Ibunya Diminta Untuk Tanggalkan Tudung Di Parlimen Perancis
Baru-baru ini kerajaan Perancis terpalit dengan kontroversi yang menetapkan larangan wanita Muslim yang memakai tudung untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan pada lawatan sekolah.
Salah seorang ibu kepada pelajar sekolah mendakwa beliau dipaksa menanggalkan tudungnya oleh seorang ahli politik Perancis, Julien Odoul semasa bersama anaknya melakukan lawatan di Parlimen Bourgogne-Franche-Comte di timur Perancis sehingga menyebabkan beliau mengalami tekanan dan trauma.
Julien didakwa sengaja memberi kenyataan berbaur provokasi dan meminta wanita berkenaan untuk membuka tudung di khalayak ramai. Menerusi rakaman video yang dikongsikan Julien di laman Twitter peribadinya hari ini, Julien didapati sedang bertikam lidah mengenai isu tersebut.
🔴 [RT]Au nom de nos principes républicains et laïcs, j’ai demandé à @MarieGuiteDufay de faire enlever le voile islamique d’une accompagnatrice scolaire présente dans l’hémicycle. Après l’assassinat de nos 4 policiers, nous ne pouvons pas tolérer cette provocation communautariste pic.twitter.com/3WzqDEC3nn
— Julien ODOUL (@JulienOdoul) October 11, 2019
Dalam video berdurasi 2 minit 20 saat yang sudah ditonton melebih 4.18 juta tontonan itu turut memperlihatkan anak kepada wanita berkenaan yang menangis sambil memeluk ibunya; mungkin sedih kerana ibunya diperlakukan sedemikian rupa.
Walaupun ahli dewan lain sudah bertepuk tangan semasa Julien berhujah, wanita berkenaan tetap tenang dan memeluk anaknya tanpa menghiraukan permintaan ahli dewan untuk membuka tudungnya.
Malah wanita tersebut sudah menyatakan hasrat mahu menyaman Julien kerana turut mengaitkan pemakaian tudung dengan pembunuhan empat anggota polis di Paris baru-baru ini oleh seorang individu radikal beragama Islam.
Di Perancis tiada peraturan yang melarang ibu pelajar memakai penutup kepala atau tudung semasa menyertai lawatan sekolah, malah Majlis Perbandaran Perancis pada tahun 2013 memberitahu ibu-ibu adalah bebas memakai apa sahaja yang mereka mahu semasa lawatan luar.
Walau bagaimanapun terdapat pertumbuhan tekanan daripada pihak berhaluan kanan dalam larangan tersebut. Ada juga yang memberitahu Perancis sudah melarang gadis yang memakai penutup kepala untuk memasuki kawasan sekolah.
Umum sedia maklum, wanita berhijab di luar negara melalui ujian yang berat, tidak seperti di Malaysia atau Indonesia yang majoritinya beragama Islam. Berada dalam komuniti minoriti, wanita Islam yang berhijab sering dibuli, dikeji malah ada yang dipukul serta dipulaukan hanya kerana memakai tudung.
Untungnya kita di Malaysia, tidak perlu berdepan dengan situasi yang mencabar seperti ini.
Sumber: TRT World
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Tc49ClHN-/
Trending now



