
‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Tersenarai Dalam Pencalonan Filem Animasi Anugerah Oscar 2020
Selepas kejayaan kutipan sebanyak RM25 juta selepas tiga minggu tayangan dan diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Kanada September lalu, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal kini melangkah ke satu fasa yang lebih tinggi, iaitu Anugerah Oscar 2020.
BACA: Buku Konsep Seni Dan Visual ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Jadi Rujukan Filem Animasi Tempatan
Menerusi laman Instagram rasmi Les Copaque Production, mereka mengumumkan bahawa filem ini tersenarai bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain di Anugerah Oscar, salah satu anugerah berprestij untuk industri filem yang sudah bermula sejak Mei 1929 lalu.
https://www.instagram.com/p/B3tQfp1hV0x/
Berjaya menembus pasaran antarabangsa seperti negara Indonesia, Vietnam, China, India dan Uzbekistan, filem animasi ini mendapat pujian ramai kerana mengetengahkan elemen tempatan dalam bentuk animasi yang unik dan menarik.

BACA: Taman Tema ‘Upin & Ipin City’ Bakal Dibina?
Semoga dengan pencalonan ini, filem animasi tempatan Malaysia akan lebih diangkat dan dipandang tinggi oleh orang luar bahawa Malaysia mampu menghasilkan filem animasi setanding Hollywood.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S5787nY51/
Trending now



