Dr Serena Anugerah Nobel

Saintis Malaysia Terima ‘Anugerah Nobel Untuk Kajian Kanser’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang saintis Penyelidikan Kanser United Kingdom (CRUK) yang juga merupakan warga Malaysia, Dr Serena Nik Zainal telah dianugerahkan hadiah Penyelidikan Kanser Dr Josef Steiner 2019 atas kejayaannya menjalankan kajian untuk mempercepat penafsiran holistik genom kanser.

Hadiah yang pada asalnya dikenali sebagai ‘Hadiah Nobel untuk Kajian Kanser’ bakal dianugerahkan kepada Dr Serena secara bersama dengan rakan penyelidikan beliau, Dr Paul Calleja dan Dr Ignacio Medina dari University of Cambridge, di University of Bern di Switzerland.

Berdasarkan kajian beliau bertajuk ‘Accelerating holistic cancer genome interpretation towards the clinic’, mutasi dalam tumor kanser boleh dianalisis menggunakan kaedah bioinformatik yang baharu sekali gus membolehkan pendekatan baharu untuk terapi kanser yang disasarkan.

Dr Serena Anugerah Nobel
Sumber: Today Online

Dr Serena yang juga Pakar Perunding di Klinik Genetik di Universiti Cambridge, menjelaskan halangan utama bagi teknologi genom dan konteks klinik itu ialah ia memerlukan kepakaran menyeluruh serta analisis klinikal untuk difahami.

Kejayaan beliau turut dikongsi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menerusi Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/B3uMjD_nn6E/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=dlfix

Dr Serena merupakan graduan perubatan di Unit Penyelidikan Kanser, University of Cambridge di bawah tajaan Petronas.

Selepas itu, beliau menyambung pelajaran di Wellcome Sanger Institute (WSI) pada 2009 untuk meneroka kajian kanser payu dara menggunakan whole genome sequencing (WGS).

Sumber: Awani