Stok Ikan Malaysia

Stok Dan Saiz Ikan Negara Semakin Berkurangan Akibat Kerakusan Manusia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam proses penghasilan makanan, tumbuhan, serangga dan organisma merupakan tiga elemen penting yang perlu dijaga. Kapasiti dunia dalam bidang penghasilan makanan semakin rendah disebabkan oleh kegagalan manusia melindungi kepelbagaian biologi di dunia.

Bekalan makanan dunia yang dilaporkan semakin berkurangan terutamanya daging. Satu kajian di UK menunjukkan bahawa serangga bakal menggantikan daging pada masa akan datang.

Namun kini tiba giliran ikan pula apabila seorang pensyarah kanak bidang Teknologi Alatan Perikanan dan Ekologi Perikanan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Mohd Fazrul Hisam Abd Aziz memberitahu stok ikan di perairan negara Malaysia semakin berkurangan.

Bukan itu sahaja, saiz ikan juga semakin mengecil berbanding dengan dahulu. Jika 15 tahun dahulu nelayan mampu dapatkan ikan bersaiz besar dengan mudah, namun tidak buat masa sekarang.

Stok Ikan Malaysia 1

Ini memberikan satu penanda bahawa aras tekanan terhadap stok perikanan negara semakin merosot disebabkan aktiviti penangkapan ikan yang dilakukan secara haram, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU – illegal, unreportes and unregulated fishing) seperti menggunakan racun, elektrik, rawai dan letupan.

Dalam jangka masa panjang, ini akan membahayakan dan memberikan stok perikanan negara kerana selain daripada ikan komersial, hidupan laut seperti obor-obor, penyu, paus dan sebagainya.

Dari tahun 2010 hingga 2019, penggunaan ikan pekapita di Malaysia telah meningkat daripada 46kg kepada 55kg, manakala pendaratan ikan marin pula dijangkakan akan meningkat sebanyak 2.9% (1.23 juta tan metrik ke 1.76 juta tan metrik) sehingga memberikan tekanan kepada stok perikanan sedia ada.

Untuk rekod, sepanjang tahun ini sahaja sudah 43 kes pengeboman direkodkan di Semporna, Sabah selain daripada aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan asing sehingga Malaysia mengalami kerugian sebanyak RM6 bilion setahun.

Sumber: Harian Metro

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2TghEvHBV-/