
Hentikan ‘Body Shaming’ Jika Tidak Mahu Dipenjara Dan Denda RM50,000
Masyarakat kita pada hari ini mudah melontarkan pendapat di hujung jari menerusi platform media sosial. Apa sahaja yang hendak dikatakan terus diluahkan tanpa memeikirkan sama ada perkara yang dizahirkan itu benar, mulia mahupun perlu.
Isu yang sangat hangat diperkatakan di media sosial kita hari ini adalah tentang mereka yang mengejek, merendah-rendahkan atau menghina seseorang dari aspek rupa fizikal, atau dipanggil body shaming. Mereka yang mengejek fizikal dan perkara-perkara sensitif seumpamanya dilihat sudah menjadi satu kebiasaan atau norma dalam kehidupan.
Tahukah anda, perbuatan body shaming sebenarnya salah satu kesalahan jenayah siber? Kementerian Kesihaan Malaysia menjelaskan bahawa perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.
Berdasarkan kajian terkini Comparitech, Malaysia berada di tangga keenam negara yang paling banyak menerima laporan buli siber sepanjang 2018.

Ekoran itu, pihak polis turut memberi peringatan kepada orang awam melalui laman rasmi Facebook PDRM. Polis menyeru jauhi budaya body shaming sentiasa peka dengan sensitiviti rakau atau orang sekeliling kita.
Kesalahan itu termaktub di bawah akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Mangsa boleh membuat laporan polis atau kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM). Akta berkenaan menjurus kepada kesalahan di media sosial, jika mereka yang melakukan kesalahan di luar media sosial, mangsa boleh mengambil tindakan mengikut akta berlainan.
Justeru, masyarakat yang menjadi mangsa tidak harus turut menganggapnya sebagai satu gurauan biasa dan turut sama tergelak tetapi seharusnya menentang agar tidak menjadi satu kebiasaan kepada mereka untuk melakukan body shaming.
Sumber: Twitter KKMPutrajaya, Awani
Trending now



