Zynakal Alami Gangguan Mental 1

Zynakal Kongsi Kisah Kontroversi, Akui Alami ‘Mental Torture’ Sewaktu Kecil Sehingga Berdendam

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

September lalu, penyanyi dan komposer, Zynakal terpalit dengan kontroversi menyerang dan mencekik seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh sehingga dikenakan denda sebanyak RM2,800 oleh Majistret Ampang, Kuala Lumpur.

BACA: Keluang Man Dan Joker, Dua Karakter Bawa Sisi Berbeza Tentang ‘Mental Illness’

Didiagnosis sebagai pesakit bipolar mania, Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli dikecam ramai selepas daripada kejadian tersebut walaupun penyakit gangguan mentalnya sudah didedahkan.

Zynakal Alami Gangguan Mental

Dalam satu temu bual bersama MStar baru-baru ini, Zynakal yang terkenal dengan lagu ‘Terbang’ berkongsi kisah kontroversi yang melandanya dan pengalaman berada di wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur 30 hari.

Bila difikirkan secara dalam, Zynakal merasakan semuanya bermula daripada keluarganya iaitu ibunya. Memberontak dengan situasi yang dihadapi sewaktu kecil, Zynakal akui ianya akan punca yang menjadi pemacu kepada sikap pendendam.

BACA: Filem ‘Joker’ Papar Bahana Stigma Masyarakat Pada ‘Mental Illness’

Selain daripada itu, terlalu memikirkan kecaman netizen yang sering menghina wajahnya dan mengaitkannya dengan lagu-lagu beliau. Ikuti temu bual lanjut di pautan bawah:

Untuk pengetahuan anda, penyakit mental bukanlah sesuatu yang perlu kita ambil mudah. Jika anda tahu ada individu yang sedang bergelut dengan penyakit ini bolehlah menasihati beliau untuk berkunjung ke hospital berdekatan atau pun menghubungi Befriender secara percuma di talian 03-79568145. Jangan risau, semua perbualan anda dilindungi kerahsiaannya.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1632157726917437?__xts__%5B0%5D=68.ARAKRq0xs6docgmb0EbNeXw9p6jXUJQomjPmXikTkF-dLFMJSWhNWyXOdpuGqImQtsVHBLn35FbanPZtuS5AY7IVXOsfsJktBpUAlPxpF8rpZpscgNqjar0zbYTrtV-og7uE56yaPkn7W0HDOzSxwbDmVS2cqN_h2XB2GR-psNeI6EKTpM1-4bkRMVfcWQV-wIZbFGyyE7e-U0ZF_m39boKcr0D13vp-N6AqULHLa1cS-4saaY5z3EX4_LK8LMqO3vCaqqCsJk91HriQffiqWxKNXsu7HzicYZmrWfQtAVLBiVN0_MMIyz-nlmlZ1BhZCrKbo3QFI40n_v7W3aWsZMMXo9VR&__tn__=-R

Fungsi kita sebagai masyarakat pula, jangan cepat menghukum. Fahami dan dengari mereka tanpa melakukan sebarang penilaian.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S2hzYAIBw/