
Tonton Trailer Filem Animasi ‘The Addams Family’
Bulan Oktober antara bulan yang dinanti-nantikan sebahagian penduduk Bumi kerana untuk meraikan Halloween dan juga Octoberfest. Sehubungan itu, filem animasi seram komedi, The Addams Family akan ditayangkan pada bulan Oktober ini.
The Addams Family merupakan filem reboot yang ditukarkan kepada filem animasi buat pertama kali, menyaksikan keluarga aneh ini berpindah dari rumah lama ke New Jersey. Dari situ, bermulalah kisah gelagat setiap keluarga yang boleh merisaukan jiran-jiran mereka.

Disuarakan oleh pemenang anugerah Golden Globe, Oscar Isaac yang memainkan peranan sebagai Gomez Addams. Turut dibintangi Charlize Theron sebagai Morticia Addams, Chloë Grace Moretz sebagai Wednesday Addams, Finn Wolfhard sebagai Pugsley Addams, Nick Kroll sebagai Uncle Fester, Bette Midler sebagai Grandma, Elsie Fisher sebagai Margaux, dan Allison Janney sebagai musuh ketat keluarga Addams, Margaux Needler.
Tonton trailer The Addams Family di sini sebelum menonton tayangan rasmi pada 31 Oktober ini.
Trending now



