Pedofilia Richard Huckle Mati

Pedofilia Cabul 200 Kanak-Kanak Malaysia, Richard Huckle Mati Ditikam Dalam Penjara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pasti menjadi khabar mengejutkan dan sekurang-kurangnya memberi kelegaan kepada masyarakat apabila pesalah pedofilia paling dahsyat di Britain, Richard Huckle ditemui mati di dalam penjara, menurut laporan media United Kindom.

Menurut sumber, Huckle mati akibat ditikam beberapa kali menggunakan pisau di dalam sel penjara Full Sutton di Utara England pada Ahad. Kematiannya mendapat perhatian netizen di Malaysia mahupun di Britain.

Huckle seorang bekas jurugambar bebas telah dijatuhkan 22 hukuman penjara dengan tempoh minimum 25 tahun bermula 2016 atas kesalahan melakukan penderaan ke atas 200 kanak-kanak. Dia mengaku melakukan sejumlah besar kesalahan ke atas kanak-kanak berusia antara enam bulan dan 12 tahun bermula dari 2006 hingga 2014, terutama di Malaysia.

Pedofilia Richard Huckle Mati
Sumber: The Star

Jenayah di lakukan di Malaysia apabila Huckle berselindung di sebalik agama dan kemahiran mengajar di dalam bahasa Inggeris untuk mendapatkan akses terhadap kanak-kanak di kawasan miskin di negara ini, yang menyaksikan dia merogol bayi, kanak-kanak serta budak, sebilangannya sehingga melebihi tempoh tujuh tahun.

Sejumlah besar gambar dan video memaparkan serangan dan jenayah rogol dilakukan pedofilia terbabit turut dikongsi secara meluas di laman web gelap. Lebih menjijikkan, dia juga menjadikan jenayah yang dilakukan itu sebagai satu sumber pendapatan menerusi penjualan imej mangsa yang dirakam.

Ketika ditahan, Huckle sedang membantu mewujudkan garis panduan untuk golongan pedofilia melakukan penderaan seksual kanak-kanak. Huckle dihukum penjara pada 2016, selepas ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Gatwick untuk menghabiskan cuti Krismas bersama keluarganya pada 2014.

Sumber: Berita Harian