Tiada Lagi Aliran Pendidikan

Sistem Aliran Pendidikan Banyak Bazirkan Bakat Pelajar – Dr Maszlee

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik berpendapat bahawa sistem pendidikan negara yang membahagikan aliran kepada beberapa cabang seperti sains tulen, sains kemanusiaan dan sains ikhtisas untuk pelajar tingkatan empat dan lima telah membazirkan banyak bakat pelajar.

BACA: Video Demo PIBG Minta Pengetua Sekolah Di Kedah ‘Turun Jawatan’ Dapat Perhatian Dr Maszlee

Berikutan dengan itu, Kementerian Pendidikan telah memansuhkan sistem aliran dan membenarkan pelajar mengambil subjek mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1699886483477894/?type=3&__tn__=-R

Mengukuhkah pandangan beliau, Maszlee memberitahu ramai pelajar aliran sains boleh menjadi pelakon, pemuzik, akauntan atau pakar bahasa sementara aliran sastera boleh menjadi sainstis atau terlibat dalam bidang perubatan.

Beliau turut memberikan contoh seorang ahli Parlimen yang menamatkan pengajian sebagai doktor kerana mengikuti hasrat ibu bapanya, namun beralih kepada bidang perundangan dan akhirnya menjadi ahli Parlimen.

Tiada Lagi Aliran Pendidikan 1

Tambah beliau lagi, dengan teknologi data besar dan kecerdasan buatan (AI), pelajar dapat dibantu dalam memilih mata pelajaran dan laluan kerjaya yang betul; PT3 bukan sekadar ujian tetapi mesin akan melakukan penilaian pada semua kerja kursus daripada tingkatan satu dan dianalisis dengan keputusan psikometrik.

Cadangan beliau yang disambut baik rakyat Malaysia terutama daripada golongan yang sudah melalui fasa tersebut yang mana aliran untuk tingkatan empat dan lima dinilai dengan keputusan Pendidikan Menengah Rendah (PMR) sebelum ditukar kepada PT3 (Penilaian Tingkatan Tiga).

Sumber: FMT

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VnssnlMzx/