Demo Gulingkan Pengetua 1

Video Demo PIBG Minta Pengetua Sekolah Di Kedah ‘Turun Jawatan’ Dapat Perhatian Dr Maszlee

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pengetua memainkan peranan penting dalam mengendalikan urusan pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ketua sebuah institusi pendidikan, pengetua sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dalam membimbing ‘anak buah’nya demi peningkatan prestasi pelajar di sana.

Namun, lain yang berlaku di SMK Kubor Panjang, Kedah apabila satu video bantahan ibu bapa dan guru telah tular di laman Twitter sejak semalam meminta agar pengetua tersebut ;diturunkan’ kerana telah menyalahgunakan kuasanya.

https://twitter.com/CikguPuaka/status/1183302612508016640?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1183302612508016640&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Fsombong-angkuh-kejam-takabur-video-ibu-bapa-guru-di-sekolah-kedah-pakat-gulingkan-pengetua-sekolah%2F

Sekumpulan besar guru dan ibu bapa telah berganding bahu meminta agar pengetua tersebut dipecat kerana mempunyai mengamalkan sistem diktator dalam memimpin selain daripada sikapnya yang sombong, kejam dan iri hati.

Demo Gulingkan Pengetua

Dalam satu laman Facebook Page Persatuan Barakah Malaysia, seorang bekas ‘orang dalam’ telah mendedahkan beliau sendiri pernah menjadi mangsa kekejaman pengetua SMK Kubor Panjang, Kedah ini.

https://www.facebook.com/BarakahMalaysia/posts/701631456986871?__tn__=K-R

Dalam hantaran beliau, pengetua tersebut didakwa turut pernah mempunyai reputasi buruk di sekolah lamanya. Gara-gara tidak tahan dengan penyelewengan kuasa beliau, pasukan ibu bapa dan guru telah bersatu tenaga membantah kedudukan beliau sebagai yang tertinggi di sekolah tersebut.

Bengang dengan tindakan pengetua itu, ramai netizen telah me’mention’ Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malek di ruangan komen dan mendapat reaksi postif oleh beliau yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kejadian tersebut.

Jika hanya beberapa orang sahaja yang terlibat dalam bantahan ini, mungkin ianya hanya kesilapan teknikal. Namun jika sebegini ramai yang bergabung tenaga, pasti ada yang tidak kena dengan kepimpinan beliau.

Moga semuanya dapat diselesaikan dengan segera, adil dan bijaksana.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VL_q3nYBG/