Komen Sheikh Muszaphar Hilang

Hairul Azreen Didakwa Padam Teguran Dr Sheikh Muszaphar Pada Video Aksi ‘Timang’ Anak?

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kelakuan yang mencurigakan dan aneh menyebabkan seorang lelaki yang berusia 30 tahun ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Jaipur, India kerana didakwa cuba menyeludup emas ke India dengan menyembunyikannya di kawasan yang difikirkannya tidak ada yang tahu.

sembunyi 1kg emas dalam rektum
Sumber: CNN

Lelaki yang dikenali sebagai Pankaj Saduwani ditahan dan emas dirampas selepas pegawai kastam membuat pemeriksaan terhadapnya. Ketika disoal siasat, lelaki itu terpaksa mendedahkan bahawa dia telah menyembunyikan enam keping emas dengan jumlah berat kira-kira 1kg dalam rektumnya.

Dia ketika itu menggunakan penerbangan Thai Airways pada 25 Disember ke India. Saduwani dikatakan sebahagian daripada kumpulan yang terlibat dalam jenayah penyeludupan. Pegawai kastam juga berkata, penyeludup berkenaan diberikan sekeping gambar seseorang yang sedang menunggu di luar lapangan terbang untuk menyerahkan barang yang diseludupnya.

Sumber: India Times