
21 Koleksi Kenderaan ‘Rare’ Paul Walker Bakal Dilelong
Siapa yang tidak mengenali dengan mendiang Paul Walker, salah seorang daripada pelakon utama dalam francais Fast And The Furious dengan watak Brian O’Connor. Untuk pengetahuan anda, beliau bukan sahaja memainkan watak sebagai seorang peminat tegar kereta, malah dalam dunia sebenar pun sama!
Setelah enam tahun pemergian mendiang Paul Walker akibat kemalangan kereta pada tahun 2013, kini kenderaan milik mendiang bakal dijual secara bidaan pada acara Barrett-Jackson yang akan berlangsung pada 11 hingga 19 Januari tahun hadapan.
Sebanyak 21 koleksi kereta dan motosikal yang agak ‘rare’ kepunyaan mendiang Paul Walker bakal menjadi burun peminat kereta yang ingin menjadikannya sebagai aset peribadi.

Antara model yang ‘panas’ untuk dibida termasuklah tujuh model BMW M3 membabitkan dua M3 E30 dan lima unit BMW M3 E36 Lightweight,yang mana siri ini hanya menghasilkan kira-kira 115 unit produksi sahaja dalam dunia.
Bukan itu saja, Paul Walker juga penggemar muscle car dan klasik antaranya Chevrolet Nova Wagon 1963, Chevrolet Chevelle Wagon 1964 dan Chevrolet II Nova 1967. Tambahan pula, satu lagi kereta yang turut mendapat perhatian dan tidak pernah dibawa berlumba ialah kereta Ford Mustang Boss 302S 2013.

Boleh dikatakan semua model itu sudah pun menjalani proses modifikasi dengan menggunakan komponen berprestasi.
Berikut merupakan koleksi kenderaan yang dimiliki Paul Walker untuk dilelong nanti:
– Chevrolet Nova Wagon 1963
– Chevrolet Chevelle Wagon 1964
– Chevrolet II Nova 1967
– BMW M3 E30 1988
– Nissan R32 Skyline Race Car 1989
– BMW M3 E30 Coupe 1991
– BMW M3 E36 Lightweight 1995
– BMW M3 E36 Lightweight 1995
– BMW M3 E36 Lightweight 1995
– BMW M3 E36 Lightweight 1995
– BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete 1995
– Ford Bronco SUV 1995
– Audi S4 2000
– Ford F250 Pickup 2003
– GMC Sierra 1500 Pickup 2004
– Harley-Davidson RS Motorcycle 2005
– Toyota Tundra Pickup 2006
– Suzuki Motorcycle 2008
– Nissan 370Z 2009
– BMW Motorcycle 2011
– Ford Mustang Boss 302S Race Car 2013
Sumber: Business Insider
Trending now



