Kerja Grab Tak Bermaruah

Kerja Grab Dan FoodPanda Tidak Bermaruah – Pensyarah Ekonomi

Sempena dengan pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu, banyak siaran televisyen yang menyiarkan bual bicara mengenai pendapat dan jangkaan mereka mengenai apa yang bakal diusulkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

BACA: Suruhanjaya Cadang Grab Didenda RM86 Juta Akibat Menindas

Namun satu bual bicara di siaran TV3 telah menimbulkan kontroversi gara-gara salah seorang daripada panelnya menggelarkan pekerjaan seperti Grab, FoodPanda dan sebagainya adalah sebagai tidak bermaruah.

BACA: Skim Pembayaran Baharu Punca ‘Rider’ FoodPanda Lancar Mogok Esok

Semasa pengacara bertanyakan mengenai ekonomi gig seperti Grab dan FoodPanda sama ada dilihat sebagai kemakmuran bersama atau pun ianya kerana tida pilihan.

FoodPanda Angkuh 1
Sumber: The Malaysian Reserve

Namun, jawapan daripada pensyarah di sebuah universiti tempatan ini membuatkan ramai terguris kerana meletakkan label kerja sebegini adalah sebagai kerja yang tidak bermaruah.

Pensyarah bidang ekonomi itu turut mempersoalkan mengapa graduan yang berkelulusan Ijazah Sarjana perlu melakukan kerja sebegitu sebaliknya perlu ada satu platform yang membolehkan mereka bekerja setara dengan laras pendidikan mereka.

https://www.youtube.com/watch?feature=share&v=f2WV18lCjUM&fbclid=IwAR1qDXB1j3V3-rVujsEHlaiE05v7S_nx6xY5-VWVGNjMIore7LbHv1YIkB4&app=desktop

Ulasan beliau yang tular tersebut telah menimbulkan kemarahan serta kekecewaan ramai terutamanya anak muda yang terlibat dalam bidang tersebut kerana melihatkan kepada ekonomi sekarang yang tidak stabil.

Ini adalah tidak wajar dan adil buat semua pekerja Grab dan FoodPanda kerana tiada salahnya mereka bekerja demi mendapatkan sumber halal untuk menyara kehidupan, serta kerajaan sepatutnya berbangga kerana graduan sekarang tidak lagi memilih untuk menceburi bidang pekerjaan.

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2UU4qugLqD/