Belanjawan 2020 Penjawat Awam 1

Belanjawan 2020: 1.6 Juta Penjawat Awam Terima Baik Berita Bantuan Kerajaan Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Belanjawan 2020 yang diumumkan semalam di Dewan Rakyat mendapat perhatian ramai. Antara topik menarik yang dibentangkan ialah mengenai bantuan sara hidup yang memfokuskan kepada dua golongan iaitu orang kurang upaya dan bujang berumur 40 tahun ke atas.

Selain itu, Belanjawan 2020 turut menyampaikan penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam yang telah memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.

Antaranya:

  1. Saraan penjawat awam,
  2. Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk kakitangan Gred 56 dan ke bawah,
  3. Bantuan RM230 untuk pesara kerajaan yang turut dipanjangkan kepada veteran tidak berpencen

Kedua-dua bantuan ini dikatakan akan dibayar kepada mereka yang berkelayakan sebelum akhir 2019 sebagai penghargaaan penjawat awam seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja, doktor, guru dan sebagainya.

Belanjawan 2020 Penjawat Awam

Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan bagi kumpulan pelaksana dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun selain daripada kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat (GCR) sebanyak 73 hari untuk ganjaran wang tunai bagi mereka yang sudah berkhidmat sekurangnya 15 tahun.

Untuk penjawat awam yang meninggal dunia dalam perkhidmatan, kerajaan akan memperkenalkan faedah Ex-Gratia Kematian bagi meringankan beban waris yang bernilai sehingga RM150,000 selain pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) yang diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG).

Sumber: Harian Metro

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2TghEvHBV-/