Bantuan Sara Hidup Belanjawan 2020

Belanjawan 2020: BSH RM300 Khas Untuk Golongan OKU Serta Bujang Berumur 40 Tahun Ke Atas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pembentangan Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat petang tadi memang dinantikan seluruh rakyat Malaysia terutamanya apabila berlaku peralihan pentadbiran negara daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Harapan.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menekankan tanggungjawab dalam memacu pertumbuhan ekonomi yan dapat memberi manfaat kepada pelbagai.

BACA: Penerima BSH Bakal Terima Manfaat Bantuan Subsidi Petrol Bermula Januari Depan

Antaranya, Bantuan Sara Hidup yang dinaikkan daripada RM100 kepada RM300 dengan memperluaskan kepada dua kategori yang secara automatiknya menjadikan mereka sebagai penerima Skim Takaful MySalam secara percuma.

Bantuan Sara Hidup Belanjawan 2020 1

1. Individu Bujang

*Berusia 40 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 sebulan ke bawah.

2. Orang Kurang Upaya

*Berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 sebulan ke bawah.

Bantuan ini merupakan salah satu daripada bantuan sosial dan subsidi yang dikhaskan sebanyak RM24.2 bilion oleh kerajaan dalam membantu rakyat Malaysia.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WS6CRgGm-/