Keluang Man Joker

Keluang Man Dan Joker, Dua Karakter Bawa Sisi Berbeza Tentang ‘Mental Illness’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Status hubungan cinta antara aktres Zara Zya dengan Hafreez Adam tidak lagi menjadi rahsia. Mereka mula akrab ketika sama-sama membintangi drama rantaian popular Mona Lisa.

Sudah menjadi lumrah si jejaka menambat hati gadis idaman dengan bermacam-macam cara supaya hati si gadis terpikat. Begitu juga dengan pelakon lelaki ini, Hafreez mendedahkan rahsia ‘mengumpan’ minuman teh hijau untuk mendekati gadis idamannya itu di set penggambaraan drama Mona Lisa lebih setahun lalu.

pikat dengan teh hijau
Sumber: Mynewshub

Hafreez mengetahui Zara menyukai teh hijau dan memulakan langkah untuk membelikannya apabila setiap kali datang ke set penggambaraan drama yang menggandingkan mereka. Namun untuk tidak nampak terlalu menunjuk, Hafreez juga membeli minuman teh hijau kepada pelakon lain seperti Nazim Othman dan Mona Allen.

Akuinya, sudah mengenali Zara sejak lima tahun lalu namun ketika itu hubungan mereka atas paksi profesional dan teman seperjuangan. Dia juga berkata sebaik menjalinkan hubungan dengan Zara, dirinya menjadi lebih terbuka berbanding dahulu.

Dia juga menyasarkan perancangan membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya mungkin pada tahun hadapan tetapi masih belum ada kepastian.

Melalui makanan atau minuman pun boleh memikat hati gadis idaman. Mahu memikat hati perempuan tidaklah susah pada zaman ini, yang penting perlu ada usaha dan niat yang baik.

Sumber: Berita Harian