Bunuh diri sebab telefon

Budak 10 Tahun Cuba Terjun Bangunan Selepas Bertengkar Dengan Ibu Mengenai Telefon

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Semakin hari, acapkali kita diperdengarkan dengan kes individu memb*nuh diri. Namun, sejak dua menjak ini kes sebegini semakin parah apabila melibatkan golongan kanak-kanak.

Terkini, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad mahu terjun daripada tingkat 19 di sebuah pangsapuri di Larkin, Johor. Menurut sumber, ia dipercayai daripada pertengkaran kanak-kanak itu dengan ibunya hanya kerana isu telefon.

Pasukan bomba sempat menyelematkan kanak-kanak berkenaan dengan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk kanak-kanak perempuan itu.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4.01 petang.

terjun bangunan sebab telefon
Sumber: Sinar

Terima kasih kepada pasukan bomba apabila setibanya di tempat kejadian, terus membuat persiapan menyelamat dengan menggunakan tali di tingkat 20 selain memasang air cushion di aras bawah.

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/250277549200469/

Seorang anggota, Pegawai Bomba, Ismarulnizam Isnin, berbual dan berjaya memujuk mangsa masuk ke dalam. Mangsa kemudian dibawa turun berjumpa dengan komander operasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Berita Harian