
Filem ‘Joker’ Papar Bahana Stigma Masyarakat Pada ‘Mental Illness’
Mengangkat tema pesakit depresi atau kemurungan, filem ‘Joker’ mendapat pujian ramai kerana berjaya mengangkat tema ‘dark’ yang seringkali disalah anggap oleh masyarakat sebagai satu sakit yang ‘mengada-ngada’ dan taboo.
BACA: Tentera AS Beri Amaran Mungkin Ada Tembakan Rambang Semasa Tayangan Filem ‘Joker’, Pawagam Haramkan Topeng Wajah, Calitan Cat Dan Kostum Semasa Tayangan ‘Joker’
Watak Joker atau Arthur Fleck yang dibawa oleh Joaquin Pheonix dalam bandar Gotham City seakan memperlihat betapa kotor dan jijiknya realiti kehidupan kini sehinggakan ada penonton yang terpaksa keluar gara-gara tidak mampu untuk menonton filem ini sehingga ke penamatnya.
Membawa mesej tersirat bahawa manusia ini hanyalah satu organisma hidupan yang boleh hilang pedoman diri seandainya mereka menerima tekanan bertubi-tubi tanpa henti, Joker menjadi simbolik kepada punca sebenar mengapa seorang individu boleh bertukar sisi daripada baik kepada jahat.
Antara ungkapan paling menusuk dan terngiang-ngiang di telinga penonton sehingga kini yang dituturkan Arthur dalam filem ini ialah,
“I used to think that my life was a tragedy. But now I realize, it’s a comedy.”
“The worst part about having a mental illness is people expect you to behave as if you don’t.”
Satu ungkapan yang cukup menggambarkan segalanya tentang kehidupan tragis bagaimana seorang Arthur boleh bertukar menjadi Joker akibat daripada kehidupan yang seringkali ditertawakan dan menjadi bahan tertawa orang sekeliling.

Mula ditayangkan pada 4 Oktober yang juga Hari Senyum Sedunia, filem ini seakan menjadi manifestasi yang mengangkat bahawa pesakit mental hanya memerlukan suara mereka didengari dan difahami tanpa diadili.
Filem ini turut menampar manusia yang kini semakin terhakis sifat kemanusiaannya dan tidak mustahil juga sebenarnya dalam kalangan kita hari ini sebenarnya sudah wujud individu berperwatakan seperti ‘Joker’.
Menerima rating yang tinggi daripada laman pengkritik filem antarabangsa seperti Rotten Tomatoes (69%), IMDb (9.1/10) dan Common Sense Media (4/5), filem rated R ini wajarlah ditonton sebagai satu pedoman kepada kita.
Rating: 9/10
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2Tc49ClHN-/
Trending now



