Sanrio Hello Kitty Tutup

Sanrio Hello Kitty Town Johor Bakal Tutup Kerana Kurang Sambutan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi peminat Hello Kitty, ini pasti suatu berita yang menyedihkan. Sanrio Hello Kitty Town atau lebih dikenali sebagai Taman Tema Hello Kitty yang terletak di Johor bakal ditutup sepenunhnya pada 1 Januari 2020.

Bagaimanapun, ia hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor 2020 dan tidak akan menjejaskan keseluruhan pelancong yang berkunjung ke negeri tersebut, menurut Liow Cai Tung, pengerusi jawatankuasa bertanggungjawab ke atas pembangunan pelancongan, wanita, keluarga dan masyarakat.

Liow memberikan respon itu terhadap laporan bahawa jumlah pelancong keseluruhan di negeri tersebut mungkin merosot selepas taman tema tertutup yang terletak di Puteri Harbour itu tamat beroperasi.

Menurut sumber, Johor mempunyai destinasi baru lain yang dirancang termasuk kawasan Pantai Desaru. Difahamkan, taman tema yang telah beroperasi selama tujuh tahun itu ditutup kerana jumlah pengunjung yang datang tidak mencapai sasaran.

Sanrio Hello Kitty Tutup
Sumber: MM

Mungkin harganya agak mahal bagi masyarakat kita sebab itulah kurang mendapat sambutan. Tetapi bagi mereka yang pernah ke sana rata-ratanya sangat berpuas hati khusunya pengunjung kanak-kanak.

Bagi anda yang berhasrat untuk ke Sanrio Hello Kitty Town ini, cepat-cepatlah merasai keseronokan di taman tema itu sebelum 1 Januari tahun hadapan. Manalah tahu mungkin ada promosi sempena penutupan taman tema itu.

Sumber: Berita Mediacorp