Critiano Ronaldo Bersara

Cristiano Ronaldo Beri Bayangan Bakal Bersara Dalam Tempoh Terdekat

Siapa yang tidak kenal salah seorang pemain terbaik dunia dalam sukan bola sepak, Cristiano Ronaldo ini? Mereka yang bukan peminat sukan ini turut mengenali pemain cekap dan mempunyai kepakaran hebat ketika bermain bola sepak.

Dalam laporan terkini, pemain bintang Juventus dan Portugal ini memberi bayangan bakal bersara dari dunia bola sepak dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi. Persaraan itu menyaksikan penghijrahannya dari dunia bola sepak ke dunia perniagaan.

Sepanjang karier, beliau hampir memenangi kesemua augerah yang dipertandingkan hasil pengalaman ketika bersama kelab Sporting Lisbon, Manchester United, Real Madrid dan kini Juventus.

Beliau yang kini berusia 34 tahun bagaimanapun hanya akan tamat kontrak bersama Juventus pada musim panas 2022. Malah ketika ini, masih bersaing dengan pemain dunia Lionel Messi dari Barcelona untuk pengiktirafan sebagai pemain sepanjang zaman.

Critiano Ronaldo Bersara
Sumber: India Global News

Pemenang lima kali gelaran Ballon d’Or itu melihat mungkin ketika umur 37 tahun sebagai masa yang tepat buat dirinya mengangkat but dan memberi tumpuan kepada perniagaannya semakin berkembang.

Antara perniagaan yang dilancarkan sendiri termasuk kasut, minyak wangi, agensi digital, restoran, hotel, pakaian dalam dan terkini perniagaan yang semakin rancak berkembang ialah salon yang dibuka awal tahun ini.

“Saya masih sukakan bola sepak, saya suka menghiburkan peminat. Ia bukanlah kerana usia, ini semua tentang mentaliti,” kata Ronaldo dalam satu wawancara dengan SportBible.

“Lima tahun yang lalu saya mula menikmati kehidupan saya di luar bola sepak, jadi siapa tahu apa yang akan berlaku pada setahun dua ini?”

Sumber: Mirror UK

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2WJ9y4FHd6/