
Batal Tutup Selama Setahun, Hanya Bayar AS$1,000 Untuk Masuk Pulau Komodo
Venice yang digelar sebagai kota air ini memang menjadi tumpuan para pelancong dari seluruh dunia. Turut menjadi pilihan bukan sahaja dari kumpulan pasangan berkahwin, Venice digelar sebagai destinasi cinta yang wajib dimasukkan ke dalam wishlist percutian.
Terkenal dengan reka bentuk bangunan klasik berusia ratusan tahun, tidak sah jika percutian ke Venice tanpa menaiki gondola yang dibawa menyusuri terusan sungai.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif baru-baru ini berkongsi mengenai perjalanan percutiannya ke Venice bersama ibunya. Berjaya menunaikan hasrat ibunya untuk menyanyi ketika menaiki gondola, perkongsian video Najwa Latif di laman Instagram turut menyentuh hati netizen.
https://www.instagram.com/p/BrZJWewBH7P/
Kebiasaannya, pemandu gondola yang akan hiburkan pelancong dengan nyanyian-nyanyian mereka. Kali ini terbalik pula, pemandu gondola pula dihiburkan dengan nyanyian merdu dari Najwa Latif dan ibunya. Untung betul, dapat dengar nyanyian live secara percuma pula tu.
Sama sahaja seperti sampan, bezanya gondola bersaiz lebih panjang, dihiasi indah, dan lengkap berkusyen. Merupakan perniagaan warisan keluarga, pemandu gondola ini akan membawa anda bersiar melihat sekitar Venice dalam tempoh masa kira-kira 30 minit (bergantung kepada bayaran dan negosiasi).
Kalau lihat daripada hantaran gambar di laman Instagram Najwa Latif, memang cantik sungguh pemandangan di Venice ini. Walaupun warna bangunannya tidak berwarna-warni seperti kawasan pelancongan yang lain, Venice tetap unik dengan caranya yang tersendiri.
Trending now



