
Netizen ‘Troll’ Domino’s Pizza Berikutan Isu Permohonan Maaf Tak Profesional Di Facebook
Minggu lalu tular mengenai kejadian seorang pelanggan Domino’s Pizza yang terpaksa berdepan dengan sesi soal siasat bersama polis gara-gara melakukan pesanan dan pembelian baucar melalui platform beli belah atas talian, iaitu Shopee.
BACA: Gara-Gara Pesan Domino’s Pizza Dengan Harga Murah Di Shopee, Lelaki Ini Disoal Siasat Polis
Sedar dengan keadaan tersebut, pihak Domino’s Pizza telah membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebook rasmi mereka.
Namun di ruangan komen, rata-rata daripada netizen dilihat memperlekehkan tindakan Domino’s Pizza kerana dikatakan sebagai tidak ikhlas dan tidak profesional kerana menggunakan bahasa rojak yang tidak melambangkan imej korporat.
Sebelum itu, Domino’s Pizza telah memuat naik satu hantaran yang mengatakan pihak mereka mengesan banyak penjualan baucar oleh pihak ketiga, namun hantaran tersebut dikesan sudah dipadam.
Sehingga ke hari ini, masih tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Domino’s Pizza selain daripada dua kenyataan di atas.
Jika melihat di ruangan komen, rata-rata daripada netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana kecuaian yang berlaku dan melakukan troll Domino’s Pizza dengan komen-komen seperti:
“Polis termasuk ke dalam pakej? – Asrol”
“Betul ke kalau saya pesan dua keping piza, dua orang pegawai polis akan datang sekali? – Samad”
“Perlu telefon 999 tak kalau nak pesan Domino’s Pizza? – Zamri”
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10219644515453795&set=p.10219644515453795&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157019445114425&set=p.10157019445114425&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2399007390154566&set=p.2399007390154566&type=3&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10215163578224299&set=p.10215163578224299&type=3&theater
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VveBwFlX8/
Trending now



