Gemini Man Will Smith

Filem ‘Gemini Man’ Pemangkin Revolusi Teknologi Industri Perfileman Hollywood

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Gemini Man yang dibintangi oleh Will Smith bakal berlegar di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 Oktober ini.

Sebelum itu, jom baca beberapa fakta mengenai filem bergenre sains fiksyen dan aksi ini. Mana tahu, mungkin akan membangkitkan keterujaan anda untuk menonton filem ini.

1. Will Smith memainkan dua watak dalam filem Gemini Man: seorang pembunuh upahan elit berusia 53 tahun, Henry Brogan, dan versi muda berusia 23 tahun bernama Junior.

2. Teknologi yang digunakan dalam pembikinan filem ini bukanlah daripada teknologi yang biasa digunakan tetapi lebih luar biasa! Mereka memotretkan wajah Will Smith ketika muda sepenuhnya dengan animasi komputer.

3. Teknologi kesan khas versi baharu ini bakal menjadi ikutan dalam industri perfileman Hollywood akan datang. Pengkritik filem (mereka yang telah menonton Gemini Man) bersetuju dan kagum dengan kehebatan pengarah Ang Lee dalam pembikinan filem ini.

4. Gemini Man sebenarnya telah diperam Hollywood hampir 20 tahun termasuklah nama pelakon Harrison Ford, Jon Voight dan Mel Gibson telah lama disenaraikan sehinggalah muncul pengarah Ang Lee untuk mengarah filem ini.

Gemini Man Will Smith
Sumber: Forbes

5. Weta Digital, sebuah syarikat New Zealand yang diasaskan oleh Peter Jackson diberi tanggugjawab untuk pembikinan kesan visual dalam filem Gemini Man. Sebelum ini, syarikat tersebut pernah terlibat dalam siri ‘Lord of the Rings’, ‘Avengers: Endgame’, dan siri ‘X-Men’. Stuart Adcock, ketua Jabatan Facial Motion, yakin bahawa teknologi baharu yang mereka gunakan dalam Gemini Man adalah satu langkah besar dalam industri perfileman.

6. Pasukan Jackson menganalisis dan memproses struktur wajah dan kulit Will Smith secara menyeluruh untuk kegunaan teknologi baharu itu. Mereka turut menganalisis wajah muda Will Smith dalam filem ‘Independence Day’, ‘Bad Boy’ dan sitkom ‘The Fresh Prince of Bel-Air’ untuk mencipta animasi Junior kelihatan realistik.

7. Anggaran kos membangunkan animasi Will Smith hampir dua kali ganda gaji tahunan pelakon Hollywood.

Teknologi terbaharu ini membuka peluang dalam industri perfileman untuk para pelakon membawa lebih banyak watak dalam satu masa.

Sumber: Business Insider