Perpusatakaan Awam TTDI 13

Tampil Dengan Dekorasi Unik Dan Moden, Ini Wajah Baru Pustaka [email protected] Selepas 2 Tahun

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas dua tahun ditutup untuk proses penambahbaikan, perpustakaan awam di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) iaitu [email protected] TTDI kembali dibuka dengan ruangan yang lebih banyak dan dekorasi yang lebih menarik, terutamanya untuk golongan kanak-kanak.

Perpusatakaan Awam TTDI 9

Perpusatakaan Awam TTDI

Kembali dengan persekitaran yang lebih moden dan kondusif, perpustakaan ini bukan sahaja menyediakan ruangan untuk kanak-kanak membaca, malah turut disediakan ruang perbincangan yang luas, bilik permainan e-sukan, pusat internet dan bilik tayangan bagi membolehkan kanak-kanak tampil dengan lebih imaginatif serta kreatif.

Perpusatakaan Awam TTDI 5

Perpusatakaan Awam TTDI 2

Perpusatakaan Awam TTDI 3

Perpusatakaan Awam TTDI 4

Perpusatakaan Awam TTDI 5

Perpusatakaan Awam TTDI 6

Perpusatakaan Awam TTDI 8

Dekorasi dinding dengan warna yang terang dan ceria turut dihiasi dengan hasil lukisan pelukis tempatan berbakat iaitu Arif Rafhan Othman turut menjadikan ruangan dalam perpustakaan lebih berseri.

https://www.instagram.com/p/B2qrmjMBdzI/

Bagi menambahkan lagi keselesaan pengunjung, perabot turut disesuaikan mengikut bahagian sebagai contoh sofa dan beanbags di bilik tayangan.

Perpusatakaan Awam TTDI 7

Perpusatakaan Awam TTDI 11

Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, bolehlah mengunjungi perpustakaan awam di Pustaka [email protected] kerana persekitarannya yang kondusif membolehkan mereka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah dan bersosial dengan cara yang lebih positif.

Waktu operasi:

Isnin: 2 petang – 6.45 petang
Selasa hingga Jumaat: 10 pagi hingga 6.45 petang
Sabtu dan Ahad: 10 pagi hingga 5 petang
Cuti umum dan hujung minggu pertama setiap bulan: TUTUP

Untuk makluman lanjut, anda bolehlah lawati laman media sosial rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur di Facebook atau pun Instagram.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/