Visa Pelancongan Arab

Pemakaian Abaya Tidak Lagi Wajib Sejurus Visa Pelancongan Arab Saudi Berkuatkuasa

Arab Saudi telah mengumumkan buat pertama kali, kerajaan itu melancarkan visa pelancongan yang akan dikeluarkan melalui Konsulat dan Kedutaan Besar Arab Saudi di seluruh dunia.

Untuk permulaan, rakyat dari 49 negara di seluruh dunia termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Denmark, Itali, Jerman, Singapura, Brunei dan Malaysia layak memohon visa pelancong secara dalam talian.

Menurut sumber, visa pelancongan dikeluarkan tanpa mengira agama pemohon dan tempoh sah laku sehingga 90 hari namun visa terbabit tidak akan dikeluarkan bagi pemohon bukan Islam yang merancang ke Makkah dan Madinah.

Susulan pengumuman itu, kerajaan Arab Saudi turut mengenakan denda terhadap orang ramai yang melakukan 19 kesalahan membabitkan tatasusila dan tingkah, seperti berpakaian tidak senonoh dan mempamerkan kasih sayang di tempat awam.

Pengerusi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Nasional Arab Saudi, Ahmad Al-Khateeb memberitahu Bloomberg yang Arab Saudi akan melonggarkan sedikit undang-undang pemakaian bagi wanita asing, bagaimanapun menegaskan pihak terbabit akan diarahkan berpakaian sopan.

Visa Pelancongan Arab
Sumber: Khaleej Times

Turut mengesahkan kod pakaian abaya tidak akan menjadi mandatori kepada pelancong wanita tetapi perlu berpakaian sopan manakala alkohol tetap diharamkan. Polis Saudi akan menjadi pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab untuk memantau kesalahan dan mengenakan denda.

Antara kesalahan lain yang tersenarai di laman web permohonan visa itu, adalah membuang sampah sembarangan, meludah, tidak mengikut giliran ketika beratur, mengambil gambar dan video tanpa kebenaran individu terbabit serta bermain muzik ketika waktu solat.

Sehingga kini, pelancong asing yang memasuki Arab Saudi terhad kepada pekerja pemastautin dan tanggungan mereka, pengembara perniagaan dan jemaah Muslim yang diberi visa khas untuk melawat Makkah dan Madinah.

Sumber: Alhijrah News

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2T83avFIhm/