Pawagam Haramkan Joker

Pawagam Haramkan Topeng Wajah, Calitan Cat Dan Kostum Semasa Tayangan ‘Joker’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Joker yang akan mula ditayangkan pada minggu hadapan di seluruh dunia merupakan karya terbaharu daripada DC Comics.

BACA: Tentera AS Beri Amaran Mungkin Ada Tembakan Rambang Semasa Tayangan Filem ‘Joker’

Walaupun ramai yang teruja dengan kemunculan filem ini, tentera Amerika Syarikat seakan memberikan bayangan semasa tayangan ‘Joker’ berkemungkinan besar akan berlakunya serangan tembakan rambang oleh golongan ekstremis.

Tembakan Rambang Filem Joker
Sumber: Variety

Kejadian tembakan yang berlaku pada tahun 2012 semasa tayangan filem ‘Batman’ iaitu musuh kepada Joker di Aurora, Colorado telah mengorbankan 12 orang mangsa dan mencederakan seramai 70 orang.

Berikutan dengan itu, rangkaian pawagam terbesar di Amerika Syarikat seperti Landmark Theaters dan AMC Theatres memutuskan untuk mengharamkan pemakaian kostum, topeng wajah serta calitan cat yang boleh menutup muka penonton yang memasuki panggung wayang.

Sumber: Astro Awani

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VnssnlMzx/