Tembakan Rambang Filem Joker

Tentera AS Beri Amaran Mungkin Ada Tembakan Rambang Semasa Tayangan Filem ‘Joker’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Filem Joker, karya terbaharu DC Comics ini mungkin mendapat perhatian dalam golongan penggemar filem yang mana tayangan ini akan berlangsung pada minggu hadapan di pawagam seluruh dunia.

Bagaimanapun, perkara yang membimbangkan adalah kemungkinan berlakunya insiden tembakan rambang di pawagam Amerika Syarikat (AS) oleh golongan ekstrimis atau incel semasa tayangan filem Joker nanti, menurut sebuah laporan.

Incel merupakan singkatan daripada Involuntarily Celibate iaitu golongan lelaki yang berasa marah kerana tidak dapat menarik perhatian wanita untuk melakukan hubungan intim.

Golongan ini berasa kecewa sehingga mengalami kemurungan, benci pada diri sendiri, merasakan diri mereka tidak sempurna dan menyalahkan perempuan yang menyebabkan mereka menjadi sengsara.

Tembakan Rambang Filem Joker
Sumber: Flicks

Mereka mengidolakan watak Joker sebagai seorang yang hidup bersendirian dan bertindak ganas akibat penolakan yang berterusan. Mereka digambarkan sebagai seorang lelaki yang berpura-pura bahagia tetapi sebenarnya berjuang untuk melawan pembuli.

Berdasarkan laporan Gizmodo, menerusi e-mel pada 18 September dengan tanda ‘Untuk Kegunaan Rasmi Sahaja’ menasihatkan mereka yang menonton tayangan filem itu supaya mengenal pasti dua laluan iaiti ‘melarikan diri’ dan ‘berlari, bersembunyi, lawan’ sekiranya berlaku tembakan.

“Lari jika boleh,” jelas mesej itu. “Jika anda terjebak terperangkap, bersembunyi dan kekal bertenang. Jika penembak terjumpa anda, lawan dengan apa sahaja cara,” kata e-mel itu seperti dipetik.

Pihak tentera AS sebelum ini menerima maklumat yang dipercayai daripada penguatkuasa undang-undang di Texas mengenai gangguan terhadap panggung wayang yang disasarkan semasa tayangan itu.

Pada 2012, berlaku insiden tembakan rambang ketika tayangan filem ‘The Dark Knight Rises’ di Aurora, Coloradi yang mengakibatkan 12 orang maut manakala 58 lagi cedera.

Filem Joker dikelaskan sebagai ‘R-Rated’ mengisahkan kehidupan Arthur Fleck (Joaquin Pheonix) yang kemudiaannya menjadi salah seorang penjahat terhebat DC Comics.

Walaupun berdepan dengan ancaman keganasan, Joker tetap akan terus ditayangkan di AS dengan kawalan daripada anggota tentera.

Sumber: New York Post

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/