
Sering Terima Aduan Orang Ramai, Firma Guaman Ini Lantik Kucing Liar Jadi Pekerja
Terdapat sejumlah besar kucing dan anjing liar yang tinggal di jalanan. Walaupun ramai individu dan organisasi yang bekerja keras menghulurkan bantuan memberikan kehidupan yang lebih baik untuk haiwan-haiwan liar ini, namun tidak semua orang bersikap sedemikian.
Salah satunya mengenai aduan orang ramai yang berurusan dengan salah sebuah firma guaman di Brazil tentang seekor kucing liar yang sering ‘melepak’ di depan pintu firma itu. Namun, aduan yang dibuat orang ramai tidak menghalau kucing liar tersebut malah ‘melantik’ ia menjadi sebahagian pekerja.

Kucing liar yang diberi nama Leon itu pertama kali datang ke firma itu untuk mencari tempat berteduh pada bulan Februari awal tahun yang ketika itu cuaca sering hujan di Brazil.
Kakitangan di firma itu memberi makan dan memberi kotak sebagai tempat perlindungan Leon selama seminggu. Malangnya, keprihatinan pekerja firma itu mendapat aduan dengan menyatakan kucing tersebut tidak sepatutnya berada di institusi serius.
Bagaimanapun, tindak balas daripada aduan itu, pihak firma memutuskan untuk ‘melantik’ Leon sebagai peguam untuk menutup mulut mereka yang membangkitkan isu itu.
Leon juga menjadi tular di laman sosial dan kini turut mempunyai Instagram dengan 40,000 pengikut untuk mengetahui perkembangan Leon dan tentang undang-undang haiwan.
Leon juga mendapat tag pekerja di firma itu.
https://www.instagram.com/p/B2kE7BTpc-Z/?utm_source=ig_web_copy_link
Bertuahnya kucing ini!
Sumber: Little Things
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S39HzAFnv/
Trending now



