Jay Kim Peluk Islam 1

Kongsi Video Ucap Dua Kalimah Syahadah, Youtuber Korea Ini Pilih Daud Sebagai Nama Islamnya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Alhamdulillah, bertambah lagi seorang kaum Muslim di dunia ini.

Seorang Youtuber Korea yang terkenal dengan video-video yang banyak bercerita mengenai kehidupan Muslim dan Islam, Jay Kim akhirnya memilih tarikh 25 September untuk bergelar sebagai seorang Muslim.

Jay Kim Peluk Islam

Beliau yang pernah tular dengan video ‘Persepsi Bukan Muslim Korea Terhadap Muslim’ dahulunya beragama Katolik melafazkan ucap syahadah di hadapan imam masjid di Seoul dengan memilih Daud sebagai nama Islamnya.

Jay Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han sebelum ini pernah menyuarakan hasrat mahu memeluk Islam kepada ibunya, namun ditentang kerana golongan Muslim di Korea Selatan adalah minoriti.

Bercerita tentang penghijrahannya, Jay Kim memberitahu sejak mengenal Islam banyak perkara dalam hidupnya berubah. Walaupun tidak bersedia 100% beliau berjanji akan mencuba untuk menjadi seorang Muslim yang baik.

Tonton video penuh penghijrahan Jay Kim atau Daud Kim di pautan bawah.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2VL_q3nYBG/