Baucar Shopee Dominos Pizza 3

Gara-Gara Pesan Domino’s Pizza Dengan Harga Murah Di Shopee, Lelaki Ini Disoal Siasat Polis

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai daripada kita menggunakan platform jual beli atas talian seperti Shopee bagi mendapatkan barang atau baucar bagi mendapatkam harga yang jauh lebih murah dari yang dijual di kedai termasuklah baucar makanan, tiket wayang atau barangan.

Seorang lelaki, Zacky Khairudean berkongsikan kisah beliau yang disoal siasat oleh anggota polis setelah melakukan pesanan makanan di Domino’s Pizza di Shopee gara-gara salah faham yang berlaku akibat daripada masalah gangguan pada sistem.

Baucar Shopee

Sampai sahaja di Domino’s, beliau disoal siasat pihak polis hampir satu jam bersama dengan beberapa orang wakil daripada HQ dari Batu Pahat dan pengurus cawangan yang membuat laporan.

Beliau dituduh melakukan pesanan dengan menggunakan hack atau glitch untuk mendapatkan harga murah. Jadi beliau terpaksa menunjukkan semula langkah pesanan yang dilakukan beliau, namun sistem menunjukkan kegagalan operasi.

Baucar Shopee 1

 

Baucar Shopee Dominos Pizza

 

Baucar Shopee Dominos Pizza 2

Baucar Shopee Dominos Pizza 1

Disebabkan kejadian tersebut, beliau meluahkan rasa kesalnya kerana dirasakan seperti memalukannya dengan cara terus memanggil pihak polis sedangkan mereka memiliki maklumat seperti nombor telefonnya.

Terbaharu, beliau telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis kerana masih lagi tidak menerima refund daripada pihak Domino’s Pizza.

https://www.facebook.com/funnay5/posts/10157765476348708

Sumber: Zacky Khairudean

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S4d2Tn5ig/