Tom Hanks Golden Globe

Tom Hanks Bakal Terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tom Hanks, pelakon Hollywood yang diberi gelaran ‘The Nicest Guy in Hollywood’ bakal menerima penghormatan dengan anugerah pencapaian seumur hidup daripada penganjur augerah Golden Globe.

Persatuan Media Asing Hollywood (HFPA) hari ini, berkata pelakon dan produser berkenaan bakal menerima anugerah Cecil B. DeMille pada upacara berprestij Golden Globes di Beverly Hills pada 5 Januari 2020.

Hanks yang kini berusia 63 tahun mula dikenali menerusi filem ‘Big’ pada 1988, menerusi watak seorang remaja tetapi menyedari dirinya dalam badan seorang dewasa. Beliau memenangi Oscars dan Golden Globes pada 1994 dan 1995 menerusi watak AIDS dalam filem ‘Philadelphia’ dan komedi ‘Forrest Gump’.

Tom Hanks Golden Globe
Sumber: US Weekly

Beliau sudah membintangi lebih 80 filem termasuk ‘Sleepless in Seattle’, ‘Private Ryan’ dan suara koboi Woody dalam francais filem animasi ‘Toy Story’.

Selama tiga dekad menceburi bidang lakonan, Hanks sering membawa watak orang berada dan lucu. Kebanyakan filem yang dilakonkannya semua menarik.

Anugerah Cecil B. DeMille diberikan setiap tahun kepada pelakon, pengarah atau produser yang memberi impak berpanjangan dalam industri perfileman. Antara penerimanya termasuk Steven Spielberg, Meryl Streep, Oprah Winfrey, Jeff Bridges dan Harrison Ford.

Sumber: NST

 

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S39HzAFnv/