Caj Tambahan Perkhidmatan Bank 1

Bank Mula Kenakan Caj Tambahan Untuk Transaksi Mesin Deposit Dan Perkhidmatan Kaunter

Bermula minggu lepas, beberapa buah bank komersial utama telah mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM2 untuk perkhidmatan transaksi pembayaran kad kredit dan kaunter manakala RM0.50 untuk transaksi menggunakan mesin deposit tunai (CDM) dan mesin deposit cek (CQM).

Bayaran tambahan ini tidak dinyatakan pada slip pembayaran sebaliknya dicajkan ke dalam akaun peminjam bagi tujuan menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan perbankan internet yang mana tiada caj tambahan akan dikenakan dengan kebenaran dari pihak Bank Negara Malaysia (BNM).

Caj Tambahan Perkhidmatan Bank

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman meminta pihak bank dan BNM untuk campur tangan bagi mengkaji semula pelaksanaan caj tambahan ini kerana ianya membebankan pengguna terutamanya untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Bantahan ini turut disokong oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader dan Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang meminta agar pihak BNM menghentikan daripada membenarkan bank untuk ‘mencekik darah’ pelanggan dengan caj-caj tambahan memandangkan mereka sudah pun mengaut keuntungan berbilion.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Azri tampil melakukan hantaran pengiraan yang boleh dikaut oleh pihak bank dengan mengenakan caj tambahan ini.

https://www.facebook.com/mkhairulazri/posts/10220579878155791

Jika anda tidak bersetuju dengan caj tambahan perkhidmatan ini, bolehlah lakukan bantahan di talian aduan laman web BANK NEGARA MALAYSIA.

Sumber: TTKM, FMT

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2UU4qugLqD/