Lokasi Penggambaran Gemini Man 3

Selepas 20 Tahun Diperam, Filem Aksi ‘Gemini Man’ Akhirnya Bakal Ditayang Oktober Ini

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bakal temui anda di pawagam pada 10 Oktober ini, filem Gemini Man arahan pengarah terkenal Ang Lee yang pernah memenangi anugerah Academy Award dikatakan sudah ‘disimpan’ atau diperam hampir 20 tahun sejak tahun 1997 lagi.

Melalui kesukaran penerbitan selama 20 tahun, filem ini akhirnya dibeli hak cipta penyiarannya oleh Skydance Media pada 2017 setelah diolah beberapa kali oleh Disney.

BACA: Tonton Trailer Filem Aksi-Thriller ‘Gemini Man’ Lakonan Mantap Will Smith

Hanya mengambil masa tiga bulan untuk sesi penggambaran bermula Februari hingga Mei 2018, filem Gemini Man ini dibarisi oleh para pelakon Hollywood hebat seperti Will Smith, Mary Elizabeth Winstead, Clive Owen dan Benedict Wong.

https://www.facebook.com/92304305160/videos/10159944258030161/

Mengetengahkan genre sains fiksyen dan aksi, secara umumnya filem ini mengisahkan mengenai seorang pembunuh upahan elit, Henry Brogan (Will Smith) yang menjadi sasaran untuk dibunuh.

Yang menariknya, setiap gerak gerinya seakan boleh dibaca dan rupa-rupanya pembunuh yang diupah untuk membunuhnya merupakan klon yang memiliki wajah yang sama dengannya namun dalam versi lebih muda.

https://www.instagram.com/p/B2E8udNgTZ3/

Bakal disiarkan dalam versi 3D dengan 60 frames sesaat, filem ini banyak menggunakan teknologi digital yang membolehkan Will ‘bertempur’ dengan klonnya yang dihasilkan daripada teknik CGI 100%.

Antara lokasi yang terlibat dalam penggambaran filem Gemini Man ini ialah Clock Tower, Cartagena (Colombia), Naval Museum of Cartagena, Sovjet War Memorial (Budapest) dan Budapest University of Technology and Economics (BME).

Lokasi Penggambaran Gemini Man

Lokasi Penggambaran Gemini Man 1

Lokasi Penggambaran Gemini Man 4

Tonton video penuh lokasi penggambaran filem Gemini Man dalam pautan video di bawah.

Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!

https://www.instagram.com/p/B2S0SYuBpJj/